Sumbangan Makanan dan Air Bersih ke Gaza!

Alhamdulillah! Sasaran RM 20,000 telah berjaya dicapai. Terima kasih Malaysia atas keperihatinan dan sumbangan anda semua bagi membantu saudara kita di Palestin.

Lihat Status Terkini
Himmah For Aqsa Logo

🚨 Gaza Merayu Bantuan Anda: Krisis Makanan & Air

# Kekurangan Makanan Berzat

Lebih dari 90% populasi di Gaza menghadapi isu kelaparan dan sumber makanan yang meruncing. Makanan adalah keperluan asas yang terputus dan menelan kos yang amat tinggi.

Risiko Dehidrasi Kritikal

Setiap minit yang berlalu, risiko kekurangan nutrisi dan risiko dehidrasi kepada kanak-kanak Palestin meningkat secara drastik.

Saluran Bantuan Diaktifkan

Bantuan Yayasan Himmah menyediakan makanan panas dan air bersih di kem-kem perlindungan di Gaza melalui logistik yang terancang.

💰 Status Dana: SASARAN DICAPAI!

Segala puji bagi Allah, kutipan dana untuk kempen ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

100%
RM 20,000 Sasaran: RM 20,000

Sumbangan Ditutup Sementara

Terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan orang ramai. Kami telah menutup gerbang pembayaran (payment gateway) buat masa ini kerana sasaran RM20,000.00 telah dipenuhi.

Update Terkini:

Kami sedang menyusun penyaluran dana tabung ke Gaza dan akan kemaskini perkembangan dari masa ke semasa di halaman ini.

Semoga sumbangan anda menjadi saksi kebaikan di akhirat kelak. Jazakumullahu Khairan Kathira.

🤝 Komitmen Kami

Yayasan Himmah Malaysia berikrar, memastikan setiap sumbangan anda memberikan impak yang komprehensif untuk masyarakat Palestin di Gaza.

Laporan Lapangan

Kemaskini berkala dan foto lapangan akan dihantar untuk menunjukkan impak sumbangan anda di Gaza, Palestin.

Kerjasama Tempatan

Jaringan bersama rakan kongsi di Gaza amat penting bagi memastikan aspek logistik dan pengagihan yang efisien dan tersusun.

Keutamaan Penerima

Kami komited untuk memastikan sumbangan anda disalurkan terus kepada penerima yang memerlukan di Gaza, Palestin